Saya amat tertarikh hati dengan mercu tanda dipekan ini . Dari jauh ia kelihatan seperti kepala Singa atau seperti Sphynix di Mesir.Puncaknya ialah batu kapur hitam dan satu ketika dahulu diatas kemuncaknya ada dipasang lampu seperti "lighthouse" .Ia menjadi distinasi pendakian di hujung minggu oleh peminat gunung.Ada tangga besi yang dibuat semasa penaklukan tentera Jepun.Gunung ini dinamakan oleh penduduk tempatan -Gunung Kamuning kerana terdapat pokok-pokok kamuning tumbuh dengan banyaknya disekitar kawasan tersebut. Selain daripada ia juga ditumbuhi oleh pokok cili burung. Ia terletak didalam tanah milik Ladang Kamuning dan dinamakan oleh pemiliknya "Lion Hill "
Sekiranya anda memerlukan teman atau jurupandu perjalanan baik secara perseorangan atau kumpulan ke tempat-tempat bersejarah di Thailand, Burma, IndoCina, hubungi saya : abasali@live.com
No comments:
Post a Comment