Monday 26 May 2008

Sukhothai

(Sumber klips daripada Flickers)

Monday 12 May 2008

Video Blog-Sekeping Gambar Bermakna Seribu Perkataan..

(Semua Klips Adalah Milik Peribadi)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Monday 28 April 2008

Anak-anak Haji Abdullah


Haji Abdullah (tidak diketahui berasal daripada mana) memiliki 5 orang anak daripada isteri pertama dan seorang anak lelaki dari isteri kedua. Kini hanya tinggal 3 anak yang masih hidup iaitu anak isteri pertama 2 orang yang masih hidup dan seorang daripada isteri kedua. Semoga Allah merahmati roh arwah mereka semuanya...Al Fatihah

Friday 25 April 2008

Perasmian Balai Polis 1949

Balai Polis Lintang telah dibakar oleh Komunis dalam Julai 1948. Ketika kejadian beberapa anggota polis sedang bertugas untuk mengawal keselamatan kampung dan ladang-ladang getah.Ketua gerombolan Komunis diketuai oleh Perumal. Pihak polis telah meminta bantuan Tuan Haji Mohd Noh Mohd Amin untuk bersama-sama menentang Komunis. Cerita beliau telah menjadi menjadi bahan mulut orang ramai sehingga kehari ini. Keberanian beliau telah dikisahkan didalam Pertandingan Pengkisahan Jabatan Penerangan Malaysia peringkat Negeri Perak yang dikelolakan oleh Tuan Haji Ibrahim dan berjaya menjadi Naib Johan Peringkat Negeri Perak 2005 .

Krisis Politik Asia 1963

Gagasan Tunku untuk mengujudkan Malaysia iaitu termasuk Singapura, Sabah, Serawak dan Brunei telah mendapat tentangan daripada Marcos dan juga Sukarno, kedua-dua mereka menganggap dengan terbentuknya Malaysia akan mengekalkan kuasa imperialist Inggeris di Asia . Tunku tetap meneruskannya,kerana dengan kemasukan Sabah,serawak dan Brunei jumlah orang Melayu akan melebih daripada jumlah orang Cina .Malaysia ditubuhkan paad 16 September 1963 dimana Brunei menarik diri dan diikuti dengan Singapura .

Sukarno melancarkan Konfrantasi -Ganyang Malaysia sebagai bantahan kepada penubuhan Malaysia.
Marco juga melancarkan tuntutan keatas Sabah........

Tunku tidak popular di Pilipina kerana isu Sabah.........

Lee Kuan Yew menjalankan pemerintahan sendiri dan menjadi duri dalam daging kepada Malaysia...........

Perarakan 13 Mei 1969


Dalam pilihanraya 10hb Mei 1969, Perikatan telah hilang majoriti 2/3bilangan kerusi Parlimen dan beberapa negeri iaitu Perak, Selangor,Pulau Pinang kepada pakatan pembangkang DAP. Gerakan, Pekemas dan PPP. Pakatan Pembangkang ini telah mengadakan perarakan kemenangan mereka pada 13hb Mei 1969 dan selepas itu terjadilah apa yang dikatankan Peristiwa 13 Mei . Pada 13hb Mei 2008 ,dan keputusan pilihanraya ke 12 (2008) ini berulang semula seperti pilihanraya 10hb Mei 1969 apabila BN hanya mendapat majoriti mudah dan negeri Selangior, Perak,Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Maka kini genaplah 38 tahun peristiwa tersebut berlaku............

Kuasa Wanita Berkempen


Pedang Samurai dan Parang Panjang






Senjata yang digunakan oleh Tuan Haji Mohd Noh Mohd Amin semasa menentang Komunis -atas ialah Pedang Samurai (original) yang beliau terima daripada seorang Pegawai Tertinggi Jepun yang tidak mahu pedang ini jatuh ke tangan British dan dibawah pula ia adalah Parang Panjang yang digunakan sebagai senjata menentang pengganas Komunis .



















Suasana Malaya 1940


Keadaan dan suasana Malaya sebelum kedatangan Jepun . Gambar ini dirakam di Pasar Kota Baharu, Kelantan .

Tempat Darurat Pertama.....






Papan tanda ini terletak lebih kurang 5o kilometer dari Ipoh iaitu di Ladang Elphill, ia sebagai tanda memperingati tempat berlakunya pembunuhan seorang pengurus ladang getah berbangsa Inggeris . Pembunuhan ini telah menyebabkan pihak Inggeris mengistiharkan darurat (emergency) pertama di Malaya untuk menghapuskan Komunis sehingganya berakhir perjanjian damai di Hat Yai 1983.


Tenang dan Tembak







Pegawai Tadbir British di Temong,Perak


Gambar Pegawai Tadbir British termasuk J.W.Birch selepas mengadakan mesyuarat dengan Pembesar-pembesar Melayu di temong, Perak .Rakaman ini dibuat dalam kurun ke-19 .

Tempat Jatuh Lagi di Kenang......


Petikan gambar dari " Tempat Jatoh Lagi Di-kenang "oleh Ghazali Ismail menceritakan memori Zabha,B.B.M.,A.M.N semasa kejatuhan Singapura dalam bulan Februari 1942. Kelihatan dalam gambar ini ialah a.Rahim Kajai (duduk ditengah) dua pegawai askar Melayu dan di belakang ialah Ahmad Boestaman (kiri) dan Zabha.

Ceramah Parti Politik....

Dato' Bahaman Shamsuddin sedang memberikan ceramah di lokasinya tidak diketahui . Mungkin ceramah ini untuk mengajak orang Melayu menyertai UMNO ataupun ceramah pilihanraya tahun 1955 yang pertama diadakan. Apa yang menarik ialah kehadiran dua wanita Inggeris; seperti yang pernah didakwa bahawa pihak Inggeris menaja menubuhkan UMNO kerana bimbang akan pengaruh kuat Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang mahukan 100% kemerdekan Malaya.

Keluarga Haji Harun






Haji Harun (gambar bawah) yang berasal dari Jambi dan pernah tinggal di Kubang Rotan,Alor Setar Kedah dan anaknya (gambar atas) Dato' Haji Mohd Padil pernah menjadi Ahli Dewan Undangan , Ahli Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 1984/1986-1987/1999 .



Arwah Datuk......

Haji Abdul Latif bin Haji Pengeran dilahirkan dalam tahun 1901 (mungkin di Jambi ) dan telah menetap dibeberapa negeri iaitu Kedah,Negeri Sembilan dan akhirnya Perak. Menghawani Maimunah bt Abdullah (asalnya daripada Kpg....) mendapat 5 orang anak-tiga perempuan dan 2 lelaki. Arwah menghabiskan usianya di Kampung Batu 3 dimana beliau terlibat menerokanya dalam tahun 1924.Beliau juga pandai ber-ikan dan pernah terlibat dalam menentang Jepun dan Komunis, semoga Allah merahmati roh arwahnya...Al Fatihah

Thursday 24 April 2008

Pak Kob

Pak Kob adalah nama panggilan kami dan amat terkenal dikalangan penduduk kampung kerana beliau suka menyakat kanak-kanak. Beliau seorang guru silat "kuntau" dan juga memainkan peranaan semasa penentangan tentera Jepun dan kemudian diikuti dengan penentangan zaman darurat iaitu Komunis.

Wira Darurat



Tuan Haji Mohd Noh Mohd Amin yang berasal daripada Jambi Sumatra telah menyelamatkan kampungnya semasa darurat tahun 1946 hingga tahun 1960 . Beliau seorang guru silat dan juga "bomoh" telah menyelamatkan Balai Polis dan orang kampung daripada serangan pasukan Komunis (MPAJA/PKM).Jasa beliau amat besar sekali kepada penduduk kampung dan cerita keberanian beliau melawan pengganas komunis secara seorang diri menjadi perbualan hangat dan terkenal dikalangan penduduk setempat sehingga kehari ini .Beliau telah meninggal dunia dalam tahun 1973 dan keluarganya masih lagi ada tetapi jasa beliau tetap dikenang oleh anak cucunya semoga Allah merahmati roh arwahnya.
Gambar ini diambil daripada photo besar sempena perasmian balai polis baru dalam tahun 1949.

Home Guard Wanita

Semasa darurat ramai wanita-wanita kampung
dijemput secara sukarela untuk menjadi pasukan "Home Guard" ataupun dikenali sebagi Pengawal Kampung membantu menjaga keselamatan kampung .Jasa mereka amat besar dan tidak tahulah adakah mereka ini masih lagi hidup atapun mati. Mereka adalah Serikandi yang berjiwa besar.Ada seorang bekas menteri memberitahu kepada kakitangan jabatanya bahawa ibu beliau pernah menjadi Home Guard,tiada siapa yang percaya cakap beliau.......

Landmark

Saya amat tertarikh hati dengan mercu tanda dipekan ini . Dari jauh ia kelihatan seperti kepala Singa atau seperti Sphynix di Mesir.Puncaknya ialah batu kapur hitam dan satu ketika dahulu diatas kemuncaknya ada dipasang lampu seperti "lighthouse" .Ia menjadi distinasi pendakian di hujung minggu oleh peminat gunung.Ada tangga besi yang dibuat semasa penaklukan tentera Jepun.Gunung ini dinamakan oleh penduduk tempatan -Gunung Kamuning kerana terdapat pokok-pokok kamuning tumbuh dengan banyaknya disekitar kawasan tersebut. Selain daripada ia juga ditumbuhi oleh pokok cili burung. Ia terletak didalam tanah milik Ladang Kamuning dan dinamakan oleh pemiliknya "Lion Hill "

Selamat Datang

Arkib Abas dilancarkan pada hari ini untuk merencanakan pengalaman dan kesukaan saya tentang sejarah asia,budaya,musik,seni dan lain-lain......mempamirkan koleksi-koleksi milik peribadi.....